Wednesday 21 December 2011

DUIT KERTAS BARU..

Tak lama lagi, duit kertas baru akan diperkenalkan oleh Bank Negara. Yang terbaru ni, duit kertas RM20 pun ada juga. Dulu-dulu RM20 ni ada di gunakan, tapi 16 tahun dulu la. Sekarang ni baru nak di keluarkan semula. Mesti rasa janggal kan, jangan ada yang tersalah kira pulak sebab sebelum ni takde duit kertas RM20 kan.
Wang Kertas Baru

Sama-sama kita tunggu pengeluaran duit kertas baru ni ye, dengarnya akan di perkenalkan pada Julai 2012 nanti. Cantik-cantik warnanya, RM20 yang baru tu warna kuning. Mesti menarik.

Tuesday 20 December 2011

"Simple GiveAway by Rinastories"

Hai...korang nak menang hadiah tak macam kat bawah ni. Pemenang akan dipilih melalui Random.org (konsep Lucky Draw).
Ada 2 hadiah bernilai RM65 ditawarkan. 

Rina dari blog RinaStories ada giveaway nak open tuk korang. Senang je kalau nak dapat percuma, tak perlu bayaran sesen pun. Hanya klik like kat foto dia (klik sini je), 


rinastories

untuk dia memenangi pertandingan anjuran  Festival Pengantin Malaysia . Cepat-cepat, hanya ada 2 pemenang je yang akan terpilih. So, apa tunggu lagi.

ANDA? NAK BIBIR SEKSI MACAM ANGELINA JOLIE?

 Saya nak kongsi sikit dengan wanita-wanita yang ada masalah bibir kering tu. Kadang-kadang bila bibir kering, nak pakai lipstik pun tak nampak cantik, ada kesan bergaris-garis. 
Haa....kalau semua nak bibir montok mcm suntikan botox, senang je. Selalunya kita pakai lipstik, sapu secara melintang kan? Cuba korang sapu lipstik secara menegak. Memang la nampak macam susah sikit, tapi hasilnya, bibir nampak seksi dan gebu...Selamat mencuba.

Sunday 18 December 2011

Bercuti di Karachi

Terasa lambatnya masa berlalu....tak sabar nak tunggu 2/1/2012. Setelah sibuk dengan segala urusan, kini masanya untuk berseronok. Visa dah settle, ticket flight dah beli, tunggu nak naik flight jek..
Harap-harap xde la aral yang melintang. Hari ni nak kemas barang2 dalam rumah, aarrgghhh penatnye nak kemas sesorang. Nak taknak kena la kemas sebelum berangkat ke Pakistan. Ada masa lagi 2 minggu untuk selesaikan perkara2 penting. Hu hu.....
Barang2 yg dh di packing


Yey...x sabar nak berangkat, nak jumpa orang tersayang. Pastu nak g bercuti..! Lama dah x g holiday. Bye bye semua...

Saturday 17 December 2011

WOW! TRAFIK MENINGKAT, SUBMIT BLOG KE 2500 SITE PERCUMA JE...!!!!

Hi blogger, tips ni saya dapat dari blog http://kedaikasperskyonline.blogspot.com di miliki oleh cik KKO. Blog ni memang bagus dan sangat membantu. Banyak tips2 cara untuk meningkatkan trafik blog dikongsikan oleh KKO dalam blognyer...Ape lagi, jadi la followers sekarang.

Haa....tips submit blog ke 2500 site ni, saya baru je cuba pagi ni...sekarang tengah tunggu site2 di create kan.
Belum tahu lagi apa resultnyer...tapi nanti kalau dah ada result, saya akan kongsikan bersama.
Anda cuba la, memang mudah dan percuma!!!... tak rugi kalau cuba kan... ikut je step kat bawah ni.



Dan....yang terbaru ni, KKO ada buat segmen blogwalking. Sesape yang nak KKO terjah dan komen tentang blog korang, boleh join. Pegi ke blog http://kedaikasperskyonline.blogspot.com dan tinggalkan url anda.



APE YANG ANDA PERLU BUAT?

Syarat Untuk Join :
1. Tak perlu buat entri, kalau anda nak buat jugak, KKO ucapkan berbanyak terima kasih.
2. LIKE Fanpage KKO dan jadi FOLLOWER KKO yang sah.
3. Bile dah siap, tinggalkan URL blog anda di bahagian komen serta nama Facebook ye!
4. TARIKH TUTUP segmen ni adalah pada 31 DISEMBER 2011.


Jumpa lagi...

Panas!! $$$ dari Nuffnang

Salam semua, mesti ramai blogger-blogger tengah aktif meningkatkan trafik blog memasing kan.
Jujur saya bagitau ni, saya tak reti sangat, dan tengah cuba2 belajar tips-tips dari blogger-blogger yang lain. Mmmm...setakat ni trafik blog saya perlahan je....tengah rajin-rajinkan diri mengupdate blog.
Earning saya baru la nak menuju untuk mendapat cek yang pertama....Hu hu.....

Hari-hari melawat ke blog2 blogger yang aktif. Jealous,ada yang dah dapat cek beratus ringgit. Memang menguntungkan kalau kita betul2 rajin dan tahu macam mana nak tingkatkan trafik blog kita.
Saya ada baca tips2 untuk meningkatkan trafik, saya kongsikan kat sini untuk pengetahuan kita bersama ye...

Cara meningkatkan Trafik Blog

i) Komen dan ikut (follow) blog blogger2 yang dah famous & ramai followers, pastu tinggalkan la link URL blog kita kat situ.
ii) Jangan malas update blog paling sikit pun sekali la dalam sehari.
iii) Cara lain, boleh guna forum or blog lain untuk share or promosi blog kita ataupun di status YM
iv) Antara cara yang digemari blogger2 skarang ni ialah Blogwalking
v) Boleh juga melalui PingMyBlog
vi) Yang paling mudah join je Innit Nuffnang

Saya pun tengah nak cuba kaedah blogwalking, he he. harap2 trafik saya meningkat. Kalau berjaya, memang lumayan.
Ok semua, selamat mencuba.

Friday 30 September 2011

Dunia Bunga

Saat ini, aku bersendirian....memikirkan masalah duniawi yang menyerabutkan kepala. Memang orang lain takkan tahu dan rasa ape yang kita lalui. Dan sebenarnya hakikat itu tak sama dengan apa yang dilihat dari zahir. Masalah hidup, kerja, kasih sayang, wang dan kebahagiaan. Semua orang menghadapi masalahnya tersendiri.
  Seperti diri aku, sebagai isteri, ibu dan eksekutif, cukup memberikan aku cabaran dalam semua aspek kehidupan. Isteri yang berjauhan dari suami, bukan sesuatu yang boleh di hadapi oleh semua wanita kerana ia bukan sesuatu yang mudah. Perlu menyingkirkan semua perspektif yang negatif dan merupakan pengobanan yang besar.
  Menjadi ibu kepada si kecil berusia 4 tahun, perlu bersedia dengan segala kemungkinan. Saat dia merindukan papa nya, aku perlu arif menangani segala situasi. Menguruskan keperluannya dan mengikuti perkembangan pelajarannya, harus dilaksanakan sehabis baik. Melayan kerenah manjanya, dengan sepenuh hati dan penuh kesabaran.
  Kat ofis, seperti juga org lain, byk commitment yang perlu diberikan. Dengan keadaan company yang short of staff, terpaksalah membuat kerja yang overload. Tapi ada positifnya jugak, aku seronok dapat belajar byk benda baru yang menambah skill dalam kerjaya aku.

  Begitu la fitrah hidup kat dunia ni kan, semua orang ada masalah tersendiri. Kadang-kadang, orang yang kata dia xde masalah tu pun, sebenarnya itu la masalah yang dia sedang hadapi. Memang rumit duniawi ni, bila kita sempurna dalam satu aspek hidup kita, mesti kita ada kekurangan dari aspek yang lain. Orang yang kaya raya, xde masalah kewangan pun belum tentu blh bahagia. Dan, orang yang kais pagi makan pagi, adakalanya mendapat kebahagiaan hidup yang sempurna.
  Walau apapun, biar la kita bersederhana dalam kehidupan. Jangan lupa kehidupan kita selepas di dunia nanti. Semoga kita semua menjadi insan terpilih di sana.

Saturday 16 July 2011

Bunga Kesepian

Rindu, rindu, rindu.....mood rindu sentiasa terasa dlm hati sejak 8 hari penerbangan my hubby ke oversea...
Tak pernah terfikir sebelum ni how I feel without him by my side. Memang terasa kehilangan bila kita dah terbiasa hidup berteman, and one day have to gone through all alone.

Mengenang kembali saat2 akhir sebelum my hubby nak berlepas, we both try to cover our feel inside. Hanya Allah yg Maha Esa mengetahui betapa sayu nye perasaan ketika itu. Ada jugak terasa mcm nak suruh my hubby cancel je flight dia. Tapi kita tak boleh ikutkan hati, kalau tak semua cita2 tak menjadi kan.

Dengan berat hati, aku kena redha. Ini dugaan yg harus aku tempuhi. Lagipun aku bukannye bersendirian, permata hati ku kan ada. Puteriku, Nur Shaza Azrina yang baru 4 tahun tu satu-satunye kekuatan aku. My life have to go on. Memandang wajah puteri ku, membuatkan aku lebih kuat menempuh hari2 yang mencabar tanpa kehadiran papanye.

Anyway, the things are not that bad. Setiap hari aku and my hubby will be able to see each other online trough Skype. So takde la orang kata, jauh di mata dekat dihati. Dengan teknology zaman sekarang ni, kalau jauh pun, still dekat di mata dan dekat di hati. Kalau waktu aku bekerja pun, kitorang akan keeping chatting all the time. Mungkin rase rindu tu taklah seteruk kalau kita just talking on the phone kan, dpt dengar suara je.

Jadi, aku berharap agar Allah S.W.T akan mempermudahkan segala urusan my hubby di sana dan menguatkan iman both of us to go through all this. Kepada my beloved hubby, Mohd Sharuddin Abdullah, i love u till end of time. Wassalam.

Here, presenting his favourite song "Ketika Cinta Bertasbih" by Melly Goeslow feat Amee, in special video version for him.




Tuesday 19 April 2011

Nak tau x....!!!!

Haa,,,dekat post yg ni sy nak share beberapa perkara yg sebenarnye penting dlm hidup kita, tp kadang2 kita x berapa perasan akan pentingnye benda2 ni semua...Dan yg penting sy dah cuba ikut semua petua ni, blh la nak kata 90% mujarab....

Utk permulaan, sy nak share mcm mana cara nak menjadikn kita dan pasangan kita pasangan yg bahagia...
alaa, kata org tu "loving couple" la kan....baca jgn x baca...

Buat sesuatu bersama
Untuk yg dah kawin, senang je.Byk perkara kita blh buat sama2 ngan suami. Memasak ke, kemas rumah ke, ataupun oooppsss...mandi ke..he he....Kalau blm kawin jgn la ikut plak....senang je, korang blh ajak jogging sama2 slalu. yg penting biar la  si dia pun senang hati nak buat benda tu, jgn plak dia x suke, kita paksa plak. Ye, ni mmg terbukti dan diyakini pasangan ni akan tetap bersama hingga ke akhir hayat.

Sentiasa saling memaafkan pasangan
Biasalah kita manusia, setiap org buat salah kan. Kelebihannya, bila kita senang memaafkan pasangan kita dia akan rasa lebih sayang pd kita. Sama mcm kita jugak, klu kita buat salah, msti kita nak psgn kita maafkan kita kan. Tu akan buat kita akan lebih berhati2 dlm perlakuan kita dan kita xnak ulang lg salah kita. Kita akan lebih sayang pd dia.

Rajin2 la cakap " Saya sayang awak"
Kita sebagai pempuan, mesti la nak perkataan sayang tu slalu boyfren kita ucap kat kita kan. tp kita pun kena jugak ucap kat dia skali skala. xde la dia rs cam tepuk sblh tgn je. klu x ucap mulut pun, bg la sms ke, email ke, ataupun just call utk ckp " i love u sayang"..waahhhh, bhgianye rs ek.

Jgn suka fikir negatif
Ni kira 'key' dia dlm setiap perhubungan. Kalau rs2 kita terfikir yg bukan2 pasal si dia, cepat2 la buang dr kepala tu. klu x, bukan je kita mburukkan keadaan, buat sakit kepala otak je kan. Kalau ada masa kita cuba la tnya dia elok2. tgu ms yg sesuai ok.

Jgn berahsia, terus terang je
Bukan senang kan kita nak jd org yg jujur 100%, kdg2 msti ada gak kita selit cerita dongeng utk selamatkn diri. Ha, tp dlm hubungan cinta ni, klu kita ada x puas hati ke, kita buat salah ke, kita cuba2 la elak dr simpan dlm diri. nanti jd barah sendiri susah dik. Kdg2 kena tgk jugak patut ke x kita terus terang, pandai2 korang la fkir perlu ke x perlu. tp penting la terus terang ni...akak pun pening nak terangkn...

Cuba berdikari
Ni, kalau nak ikutkn pasangan suami isteri kdg2 kalau gaduh msti nak bgtau mak ayah diorg. tu kena elakkan, cuba selesaikan kemelut rumahtangga sendiri. bw berbincang elok2 ngan psangan dulu. Bg psgn bercinta, jgn la bergantung 100% pd psgn. takut dia rimas plak, kita kena bg dia ruang utk diri dia jugak ye...ha jgn 24jam nak berkepit...berdikari la eh...

Ingat hari dan tarikh2 penting.
Bab ni, pmpuan mmg sensitif. Kalau psgn kita x ingat besday kita ke, anniversary ke mmg la kita naik hangin btul x...ingat, jgn x ingat...tp jgn la ingat je, buat la surprise ke, paling x pun belikn hadiah or something yg dia rs kita syg kat dia.

Saat istimewa
Masa bercinta mmg la setiap saat kita akan rs istimewa dan romantik. Bila dah kawin, rs tu akan berubah sikit demi sikit. Kalau blh, kita kekalkn lah detik2 romantik tu smpai ke akhir hayat, alangkah bhgianyer...
Cuba pegi bulan madu setiap tahun ms sambut anniversary tu, kan romantik....baru lah rs cinta antara kita dan si dia akan berpanjangan dan berkekalan...amin...

Ok, itu la sikit sebyk tip2 utk mengeratkn dan membahagiakan lg hubungan percintaan kita dan pasangan. Senang je kan, kalau dah sayang, buat apapun rela kan...moga ia berpanjangan...Insyaallah...







Saturday 16 April 2011

Knowing Me...

Salam..

Hai hai hai....
Ni kira sesi pengenalan coz baru nak starting my blog. Daripada duk sesaje x buat ape, baik kita habiskan masa lapang dengan create blog sendiri.Ye tak..

Emm....sy percaya, ramai kat luar sana yang tengah excited nak create blog sendiri kan..Ye la, sejak ada blogger yg kuar paper dan jadi kaya raya dengan tulis blog je..sampai dpt income RM10,000 sebulan. Wow, sape yg x nak kan.

Sy ni wanita berkerjaya, memegang jawatan sebagai Finance Executive di sebuah company insurance kat KL. Bila blk keje tu, boring dan x tau nak buat apa..So sy cuba2 la create blog personal ni. Di samping tu, sy ada beberape cerita pengalaman dr kengkawan sy yg nak sy ceritakan kat blog sy ni.

Untuk itu, rajin-rajin la lawati blog ni...sama-sama la kita layaaannnn.....
Ok, wish u alls "Welcome to My Blog"