Wednesday 21 December 2011

DUIT KERTAS BARU..

Tak lama lagi, duit kertas baru akan diperkenalkan oleh Bank Negara. Yang terbaru ni, duit kertas RM20 pun ada juga. Dulu-dulu RM20 ni ada di gunakan, tapi 16 tahun dulu la. Sekarang ni baru nak di keluarkan semula. Mesti rasa janggal kan, jangan ada yang tersalah kira pulak sebab sebelum ni takde duit kertas RM20 kan.
Wang Kertas Baru

Sama-sama kita tunggu pengeluaran duit kertas baru ni ye, dengarnya akan di perkenalkan pada Julai 2012 nanti. Cantik-cantik warnanya, RM20 yang baru tu warna kuning. Mesti menarik.

Tuesday 20 December 2011

"Simple GiveAway by Rinastories"

Hai...korang nak menang hadiah tak macam kat bawah ni. Pemenang akan dipilih melalui Random.org (konsep Lucky Draw).
Ada 2 hadiah bernilai RM65 ditawarkan. 

Rina dari blog RinaStories ada giveaway nak open tuk korang. Senang je kalau nak dapat percuma, tak perlu bayaran sesen pun. Hanya klik like kat foto dia (klik sini je), 


rinastories

untuk dia memenangi pertandingan anjuran  Festival Pengantin Malaysia . Cepat-cepat, hanya ada 2 pemenang je yang akan terpilih. So, apa tunggu lagi.

ANDA? NAK BIBIR SEKSI MACAM ANGELINA JOLIE?

 Saya nak kongsi sikit dengan wanita-wanita yang ada masalah bibir kering tu. Kadang-kadang bila bibir kering, nak pakai lipstik pun tak nampak cantik, ada kesan bergaris-garis. 
Haa....kalau semua nak bibir montok mcm suntikan botox, senang je. Selalunya kita pakai lipstik, sapu secara melintang kan? Cuba korang sapu lipstik secara menegak. Memang la nampak macam susah sikit, tapi hasilnya, bibir nampak seksi dan gebu...Selamat mencuba.

Sunday 18 December 2011

Bercuti di Karachi

Terasa lambatnya masa berlalu....tak sabar nak tunggu 2/1/2012. Setelah sibuk dengan segala urusan, kini masanya untuk berseronok. Visa dah settle, ticket flight dah beli, tunggu nak naik flight jek..
Harap-harap xde la aral yang melintang. Hari ni nak kemas barang2 dalam rumah, aarrgghhh penatnye nak kemas sesorang. Nak taknak kena la kemas sebelum berangkat ke Pakistan. Ada masa lagi 2 minggu untuk selesaikan perkara2 penting. Hu hu.....
Barang2 yg dh di packing


Yey...x sabar nak berangkat, nak jumpa orang tersayang. Pastu nak g bercuti..! Lama dah x g holiday. Bye bye semua...

Saturday 17 December 2011

WOW! TRAFIK MENINGKAT, SUBMIT BLOG KE 2500 SITE PERCUMA JE...!!!!

Hi blogger, tips ni saya dapat dari blog http://kedaikasperskyonline.blogspot.com di miliki oleh cik KKO. Blog ni memang bagus dan sangat membantu. Banyak tips2 cara untuk meningkatkan trafik blog dikongsikan oleh KKO dalam blognyer...Ape lagi, jadi la followers sekarang.

Haa....tips submit blog ke 2500 site ni, saya baru je cuba pagi ni...sekarang tengah tunggu site2 di create kan.
Belum tahu lagi apa resultnyer...tapi nanti kalau dah ada result, saya akan kongsikan bersama.
Anda cuba la, memang mudah dan percuma!!!... tak rugi kalau cuba kan... ikut je step kat bawah ni.



Dan....yang terbaru ni, KKO ada buat segmen blogwalking. Sesape yang nak KKO terjah dan komen tentang blog korang, boleh join. Pegi ke blog http://kedaikasperskyonline.blogspot.com dan tinggalkan url anda.



APE YANG ANDA PERLU BUAT?

Syarat Untuk Join :
1. Tak perlu buat entri, kalau anda nak buat jugak, KKO ucapkan berbanyak terima kasih.
2. LIKE Fanpage KKO dan jadi FOLLOWER KKO yang sah.
3. Bile dah siap, tinggalkan URL blog anda di bahagian komen serta nama Facebook ye!
4. TARIKH TUTUP segmen ni adalah pada 31 DISEMBER 2011.


Jumpa lagi...

Panas!! $$$ dari Nuffnang

Salam semua, mesti ramai blogger-blogger tengah aktif meningkatkan trafik blog memasing kan.
Jujur saya bagitau ni, saya tak reti sangat, dan tengah cuba2 belajar tips-tips dari blogger-blogger yang lain. Mmmm...setakat ni trafik blog saya perlahan je....tengah rajin-rajinkan diri mengupdate blog.
Earning saya baru la nak menuju untuk mendapat cek yang pertama....Hu hu.....

Hari-hari melawat ke blog2 blogger yang aktif. Jealous,ada yang dah dapat cek beratus ringgit. Memang menguntungkan kalau kita betul2 rajin dan tahu macam mana nak tingkatkan trafik blog kita.
Saya ada baca tips2 untuk meningkatkan trafik, saya kongsikan kat sini untuk pengetahuan kita bersama ye...

Cara meningkatkan Trafik Blog

i) Komen dan ikut (follow) blog blogger2 yang dah famous & ramai followers, pastu tinggalkan la link URL blog kita kat situ.
ii) Jangan malas update blog paling sikit pun sekali la dalam sehari.
iii) Cara lain, boleh guna forum or blog lain untuk share or promosi blog kita ataupun di status YM
iv) Antara cara yang digemari blogger2 skarang ni ialah Blogwalking
v) Boleh juga melalui PingMyBlog
vi) Yang paling mudah join je Innit Nuffnang

Saya pun tengah nak cuba kaedah blogwalking, he he. harap2 trafik saya meningkat. Kalau berjaya, memang lumayan.
Ok semua, selamat mencuba.