Bingkisan Cerpen

Bunga Cinta


~"Hai awak...." tiba-tiba kedengaran seseorang menegurnya yang ketika itu sedang menuju ke surau untuk menunaikan solat Asar. Walaupun terasa malas dirinya hendak mengetahui siapa yang bersuara, namun terdetik dihati Reen untuk menoleh seketika pada jejaka yang baru saje berselisih dengannya. Sekilas wajah lelaki itu di pandang, dan dia meneruskan langkah ke surau tanpa kata-kata, hanya secebis senyuman pahit dari bibirnya.
   Usai kewajipan mengerjakan solat, Reen kembali ke pejabat. Ntah kenapa suara asing itu tiba-tiba menerjah ke ingatannya. Cuba di imbas kembali wajah jejaka itu, namun hanya bayang-bayang kabur tergambar. Apa yang pasti, jejaka itu memakai seragam putih bersama hat putih tinggi di kepala. "Chef agaknya".

"Hmmm....kenapa pulak aku nak fikir pasal mamat tu. Buat penuh kepala je..." bisik hati Reen setelah menyedari yang dia sedang mengelamun.
Hari ini, Reen perlu bekerja lebih masa kerana sudah menjadi kebiasaan pada hujung bulan begini dia perlu membuat 'monthly closing' untuk menutup akaun. Jam di dinding di kerling seketika, "huhh....penatnyer." keluhnya kecil.

"Kak Linda, hari ni saya balik tumpang akak lagi boleh ye. Dah lewat sangat la kak." katanya pada Linda, rakan sekerjanya dengan nada sedikit merayu. "Ok, nanti akak hantar Reen sampai Taman Jaya" jawab Linda bersetuju. Mereka beriringan menuju ke parkir kereta.
   "Hai awak...awak ni sombong la. Sape nama awak eh?" kedengaran satu suara. Reen terkedu namun langkahnya diteruskan seolah-olah dia tidak mendengar suara itu. Dalam rancak berbual dengan Linda, fikiran Reen sebenarnya melayang memikirkan suara itu sepanjang perjalanan pulang. Dia cukup kenal dengan suara itu. Ya, suara itu yang menegurnya petang tadi. Dia amat pasti. Siapakah jejaka yang sering mengusiknya itu, terdetik rasa ingin tahu dihatinya kerana hari itu bukanlah kali pertama dia diusik oleh sang jejaka.

    Reen merebahkan badan ke katil selepas membersihkan dirinya. Terasa sungguh lega dapat merehatkan diri setelah seharian bekerja. Namun, belum sempat matanya terlelap, handphone di sebelahnya berlagu. Dengan malas, Reen mencapai dan menjawab panggilan itu.
"Hello, assalamualaikum." terdengar suara tunangnya di talian. Reen menjawab lesu dan berbual seketika sebelum tertidur.

~ Pagi ni, seperti biasa Reen akan memandu keretanya dan meletakkan keretanya itu di Taman Jaya. Kemudian, dari situ Reen akan menaiki van hotel untuk ke pejabat. Dalam perjalanan, Reen asik memikirkan tunangnya, Adli yang dikenali hampir 6 tahun lamanya. Namun, pada saat ini, hatinya sudah tawar untuk menyayangi lelaki itu atas apa yang telah berlaku. Dia sudah tidak ada perasaan sayang pada lelaki itu semenjak mengetahui lelaki itu sudah terlanjur dengan perempuan lain. Dan paling menyakitkan hatinya, perempuan itu amat dia kenali. 
   Dia merasakan sudah tidak ada guna lagi untuk meneruskan pertunangan mereka. Dia tidak sedikit pun rasa menyesal sekiranya perhubungan yang dibina selama 6 tahun itu terputus di tengah jalan dan telah berulang kali menyatakan pada Adli untuk memutuskan pertunangan mereka. Namun, hasratnya itu ditolak oleh Adli kerana dia terlalu sayangkan Reen. Adli tidak mahu berpisah dengan Reen. Dan apa yang merimaskan Reen lagi, setelah Reen mahu memutuskan pertunangan mereka, Adli menjadi semakin king control dan sentiasa ingin berada bersama Reen setiap masa. Tiada langsung ruang untuk Reen bersendiri mencari ketenangan hati.
    Reen buntu, dia tidak tahu bagaimana hendak menelan semua kepahitan itu. Dia betul-betul memerlukan seseorang untuk mendengar keluhan hatinya dan menjadi teman untuk mengubat dukanya. Saat itu juga lah dia pantas teringat pada jejaka yang menjadi misteri hidupnya. Sehingga hari ini, hanya suara menjadi teman, diri si pemilik suara itu belum sempat untuk dia kenali. Tanpa sedar, Reen menaruh harap agar jejaka itu muncul dalam hidupnya lagi.

    Sewaktu rehat tengah hari, Reen dan kawan-kawan yang lain menuju ke Souvenir store untuk menghabiskan masa rehat di bulan puasa. Sedang dia menilik barang-barang dalam kedai itu, dia seperti terdengar seseorang memanggilnya dengan berbisik. Dia cuba mencari bunyi yang berbisik itu, semakin lama semakin kuat. Di satu sudut berhampiran tempatnya berdiri, kelihatan seorang lelaki melambai tangan seakan memanggilnya sambil tersenyum. "Siapa pula ni, aku tak kenal pun. Dia panggil aku ke" soalnya dalam hati. Sedikit demi sedikit langkahnya menghampiri lelaki itu. Belum pun jelas wajah lelaki itu di matanya, lelaki itu menegur."Hai awak..."..... 
"yesss....akhirnya dia muncul juga. Memang dah jodoh agaknya" jerit hatinya selepas mendengar suara yang sangat dinantikan.
"Hi Awak, nama awak sape?" tanya lelaki itu. "Nak buat ape tahu" balas Reen jual mahal. 
"Bagi la nombor telefon awak. Saya nak raya rumah awak, boleh?" sambung lelaki itu.
"Ish...suka hati awak je nak datang rumah saya. Kenal saya pun tak." balas Reen lagi.


Bersambung.....