Friday, 30 September 2011

Dunia Bunga

Saat ini, aku bersendirian....memikirkan masalah duniawi yang menyerabutkan kepala. Memang orang lain takkan tahu dan rasa ape yang kita lalui. Dan sebenarnya hakikat itu tak sama dengan apa yang dilihat dari zahir. Masalah hidup, kerja, kasih sayang, wang dan kebahagiaan. Semua orang menghadapi masalahnya tersendiri.
  Seperti diri aku, sebagai isteri, ibu dan eksekutif, cukup memberikan aku cabaran dalam semua aspek kehidupan. Isteri yang berjauhan dari suami, bukan sesuatu yang boleh di hadapi oleh semua wanita kerana ia bukan sesuatu yang mudah. Perlu menyingkirkan semua perspektif yang negatif dan merupakan pengobanan yang besar.
  Menjadi ibu kepada si kecil berusia 4 tahun, perlu bersedia dengan segala kemungkinan. Saat dia merindukan papa nya, aku perlu arif menangani segala situasi. Menguruskan keperluannya dan mengikuti perkembangan pelajarannya, harus dilaksanakan sehabis baik. Melayan kerenah manjanya, dengan sepenuh hati dan penuh kesabaran.
  Kat ofis, seperti juga org lain, byk commitment yang perlu diberikan. Dengan keadaan company yang short of staff, terpaksalah membuat kerja yang overload. Tapi ada positifnya jugak, aku seronok dapat belajar byk benda baru yang menambah skill dalam kerjaya aku.

  Begitu la fitrah hidup kat dunia ni kan, semua orang ada masalah tersendiri. Kadang-kadang, orang yang kata dia xde masalah tu pun, sebenarnya itu la masalah yang dia sedang hadapi. Memang rumit duniawi ni, bila kita sempurna dalam satu aspek hidup kita, mesti kita ada kekurangan dari aspek yang lain. Orang yang kaya raya, xde masalah kewangan pun belum tentu blh bahagia. Dan, orang yang kais pagi makan pagi, adakalanya mendapat kebahagiaan hidup yang sempurna.
  Walau apapun, biar la kita bersederhana dalam kehidupan. Jangan lupa kehidupan kita selepas di dunia nanti. Semoga kita semua menjadi insan terpilih di sana.

1 comment:

  1. semua orang mmg punya masalah. apa yang membezakan, cara kita selesaikannya =)

    ReplyDelete