Wednesday, 19 September 2012

Jb bUrGer BakAR

Assalamualaikum...
Setelah sekian lama x buka blog ni, malam ni rasa nak update something la. Mungkin dah ramai yang tahu pasal burger bakar yang tengah meletup-letup terbakar di pasaran sekarang kan. haaa....mcm mane, ramai yg dah rasa ke. Kalau kat Johor, banyak tempat ada jual burger bakar ni.

Tapi yang istimewa nak bagi tau kat sini, husband akaq pun one of the founder burger bakar kat JB ni. kitorang punyer dikenali sebagai JB Burger Bakar .... Kami dah beroperasi dari bulan March 2012 lagi & merupakan burger bakar yang pertama di Johor bahru.

Dengan berasaskan arang dan patties yang di buat sendiri, Jb burger bakar bermula dengan 2 jenis menu sahaja iaitu Original dan House Special. After sebulan kami memperkenalkan menu baru iaitu Hot Pepper, Glazing Teriyaki dan Smokey BBQ. Apa yang specialnya, kalau nak tau semua sos-sos tersebut dibuat sendiri oleh hubby akaq okay.....

Lagoon Puteri
Dan...selepas sambutan yang diterima amat menggalakkan, kami memperkenalkan pula 2 lagi menu yang lebih hebat dan memang mengenyangkan lah.... Kalau x puas makan sebiji patties, kami ada "Puteri Lagoon"...haaa...burger ni ada double patties dan disalut dengan sos black pepper serta dibaluti extra cheese di atasnya. Nyum nyum...

Tambak Johor
Bagi yang x makan daging tu kan, kami ada satu menu untuk anda iaitu "Tambak Johor" yang berasaskan ayam. Tambak Johor ni ala-ala sandwich dan di lazatkan lagi dengan mandian sos thousand island yang juga homemade sos dari kami.
So, pada sesape yang dah try dan dah datang banyak kali tu, kami ucapkan terima kasih tak terhingga atas sambutan dan sokongan yang memberangsangkan. Pada yang belum mencuba dan teringin nak rasa keenakkan burger bakar dari JB Burger Bakar, jemput la ke outlet kami di Kampung melayu dan Taman Impian Emas.
Lain kali akaq akan kongsikan perkembangan dan menu terbaru JB Burger Bakar yang hot orait, see ya...

Thursday, 16 February 2012

Dapat hadiah iPod Touch



Huyeyyy...dapat iPod Touch baru, 8GB nyer. Thank you so much my beloved hubby. Hadiah istimewa dari husband aku sempena harijadi aku yang ke 30 tahun. 

I love you so much Mohd Sharuddin Abdullah

Wednesday, 15 February 2012

A Song For YOU

Actually dah lama aku create biografi ni. Aku tujukan khas untuk hubby tersayang Mohd Sharuddin Abdullah  dan juga my beloved sweet little girl Nur Shaza Azrina. So, aku nak abadikan biografi ni kat dalam blog aku ni. Lagi satu aku ni peminat setia Celine Dion & Mariah Carey. Sedap kan lagu Celine Dion ni, so romantic. Terima lah...A Song For You

Budaya di Pakistan

Salam...hai hai hai. Kali ni aku nak cerita pasal satu budaya atau adat kat Pakistan ni. Sejak kat sini, ada la dalam 2 kali aku dapat ziarah keluarga orang Pakistan yang hidup sederhana. Kalau korang nak tau, mereka kat sini takde ruang tamu khas atau ruang makan macam kita. 
Kalau ada pun agak kecik la. Diorang akan jadikan bilik tidur tempat untuk menjamu makanan pada tetamu yang datang. Bilik diorang mmg akan ada space untuk tetamu duduk. Haa, cuba tgk gambar-gambar ni. Kitorang di jamu nasi Bryani yg memang asli dari Pakistan dan kitorang makan dalam bilik tidur diorang. So, nampak la katil & yang lain-lain dalam bilik tidur diorang tu. Agak pelik kan. 

Kitorang juga di jamu dengan satu lagi makanan ruji kat sini iaitu Roti Naan dan di lengkapi dengan dessert juga buah-buahan.




Tuesday, 31 January 2012

Thai food for lunch


Emmm...sape kata x blh jumpa makanan mcm kat Malaysia kalau kat Pakistan ni. Hari ni aku ngan family, g makan makanan Thai. Tapi x ingat apa nama restaurant dia. Wallaaahh....sedap.


Kitorang order macam2. Tomyam merah, clear tomyam, sayur campur, kari ayam dan telur dadar. Perrghhh...boleh tahan gak rasa dia, tp ada lain skit coz diorang xde daun limau purut. Apapun, masih sedap rasa dia.
Nasi dia boleh tambah banyak kali, memang kenyang makan sampai kembung perut...best...








Monday, 30 January 2012

CINNABON


Kat Pakistan ni, ada satu tempat makan favourite aku. Kalau aku nak cari makanan yg light2, aku akan gi makan kat Cinnabon. 



Cinnabon ni dia cuma ada jual roti roll jer, tapi ada banyak perisa la. Favourite aku adalah Chocobon. Chocobon ni dia rasa chocolate. Aku pernah gak try Mini Cinnabon...haaa, yg ni dia rasa cinnamon. Tapi sedap la, coz roll dia mmg lembut. Kalau dapat buka satu lot kecik mcm ni, pun dah berbaloi. Ramai gak org suka. Dia simple & sedap. Kadang-kadang aku siap tapau buat balik. Terbaik.

Monday, 16 January 2012

KFC@Pakistan


Haa...sejak kat Pakistan ni dah selalu sgt asik pegi makan kat McD jer, kali ni kitorang nak pegi makan KFC plak. KFC dia terletak dekat ngan tepi pantai, orang panggil Sea View. Memang nampak la laut dari situ.

KFC@Karachi, Pakistan
Dari luar bangunan KFC dia nampak buruk giler. Tapi....kat dalam dia punyer la lawa. Macam makan kat restaurant mahal. Menu dia pun of coz la lain dari Malaysia kan. Kena ikut selera orang Pakistan la.
Dan yang penting sekali, KFC kat sini ada delivery services tau.


Ni dia gambar-gambar menu KFC yang ada kat Pakistan tapi xde kat Malaysia.





Jumpa lagi....

Sunday, 15 January 2012

Baru 2 bulan kahwin, penyanyi rock Hattan bercerai..????

Ish ish ish...terkejut betul dgn berita ni. Baru 2 bulan je kahwin dah cerai berai, agaknyer kahwin ni cuma utk cuba-cuba je gaknyer...apa la nak jadi. Mula-mula tertanya-tanya jugak kenapa senang je nak bercerai.


Rupa-rupanya, wife dia dipercayai pernah tidur sekatil dengan lalaki lain. Memang patut la kan bercerai drp jadi dayus. Katanya, wife dia ni mmg byk berhutang dan byk masalah sblm kahwin ngan Hattan lg. Ntah la, macam-macam kes artis sekarang ni.

Tuesday, 3 January 2012

Forty4 Restaurant

2nd day
Akhirnya, sampai juga aku kat Pakistan. 1st time naik flight g oversea, takut, seronok, seram pun ada, dan macam-macam perasaan lagi la....

have a ride around Karachi
Hari ni hari kedua kat sini. Kitorang jalan-jalan naik motor jek...saje nak rasa macam dalam filem Hindustan tu kan. Yang bestnyer kat sini naik motor tak payah pakai topi keledar pun takpe. slumber jek....xde sape nak marah...he he....

Mula-mula mesti kena pergi makan kat Forty4 Restaurant dulu kan, tempat hubby aku keje. Nak tengok gak macam mana food n environment kat situ. Dan yang penting sekali, staff-staff yang bekerja dengan hubby aku.

Masa untuk makan. Recommended by hubby aku,aku order Ikan Bakar, nama commercial dia kat sini Baked Mackerel in Banana Leaf....Fuhhh, rasa macam makan kat Malaysia jugak. Terbaekkk, siap ada air asam lagi....dan soup Beef Gumbo for Shaza coz kat sini tengah musim sejuk. Memang sesuai makan soup panas-panas



Semua food-food kat sini adalah dari idea hubby aku sendiri as a Head Chef. Tu yang kadang-kadang ada Malay touch skit, tapi masih ikut citarasa orang Pakistan. Not bad la....sedaaapppp.....2 thumbs-up...

Total bill : Rs 1,843.00, lebih kurang RM65.00 je la...



Time to flight..KARACHI~02/01/2012

Permulaan tahun baru ni, aku mulakan dengan percutian ke Karachi, Pakistan. Yes...ini la masa yg aku tunggu-tunggu. 7 bulan tau tak jumpa hubby. Berlepas dari KLIA pukul 12.40 pm. Masa penerbangan selama 6 jam, di jangka akan sampai pada pukul 6.50 pm waktu Malaysia. Fuhhh...lame tuuu....
 
Sedih sgt masa nak meninggalkan mak dan keluarga yag lain sebelum boarding. 






Terima kasih banyak-banyak pada kak anim dan kak ayu coz sudi gak antar kat KLIA.



Bye-bye Malaysia, see you again after 2 months.....